Sahabat anda jatuh cinta kepada anda? Oh tidak!!! Bukan semua orang dapat menerima apabila seseorang yang anda anggap sahabat baik jatuh cinta kepada anda. Mungkin ada benarnya kata orang bahawa seorang lelaki dan wanita sememangnya sukar untuk menjadi sahabat selamanya. Banyak yang terjadi, persahabatan antara lelaki dan perempuan akan berakhir dengan percintaan. Mungkin sepanjang pesahabatan itu timbulnya bibit2 cinta dan melalui persahabatan yang terjalin mereka lebih saling memahami antara satu sama lain. Tetapi ada sesetengah orang tidak dapat menerima kenyataan apabila sahabat baiknya meluahkan perasaan cinta. Tentu sukar bagi anda untuk meneruskan persahabatan sekiranya itu yang terjadi. Dan si dia tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan anda setelah cintanya di tolak. Mungkinkah ada jalan yang terbaik untuk menolak cintanya dan si dia kembali menjadi sahabat baik anda?
- Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa anda tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana anda menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
- Menyatakan kepadanya sekiranya anda menjadi kekasihnya, anda tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
- Anda dan dia tidak sesuai kerana, selama ini anda bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.
- Anda tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.
- Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.
- Cuba mengelakkan dari bercakap tentang hati dan perasaan apabila berdua dengannya. Kalau boleh, keluarlah beramai2 dengan kawan2 yang lain.
- Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
- Anda jelaskan padanya bahawa anda lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus bersahabat sahaja kerana anda sudah tahu baik buruk perangainya.
- Jelaskan kepadanya bahawa anda sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri anda. Tapi harus diingat, jelaskan secara baik kerana anda mungkin kehilangan sahabat baik yang anda sayangi.
- Bertegas dengan pendirian anda sekiranya anda betul2 tidak dapat menerimanya. Akhir sekali anda katakan dan tegaskan kepadanya “ sampai bila2 pun, kau tetap sahabatku ”
Bicara Tentang Cinta - Sahabat baik jatuh cinta? Inilah yang kadang2 membuatkan kita rasa serba salah seperti kata pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapak. Tentu kita rasa tidak selesa lagi bersama sahabat kita seandainya itu yang berlaku. Bingung2...apa2 pun, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan bersama...
Padi - Sahabat Selamanya
Dua tiga kapal berlayar di samudra…
Ayo sahabatku kita bergembira…
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia…
Karena sahabat untuk selamanya…
Bersama untuk selamanya…
Kau dan aku sahabat…
Untuk selamanya setia…
Berakit-rakit kita kehulu…
Berenang-renang kita ketepian…
Kita berbeda untuk saling mengisi…
Segala kekurangan kita…
Mencari sahabat untuk selamanya…
Atasi semua perbedaan…
Kau dan aku sahabat…
Untuk selamanya…
Selamanya setia…
Sahabat untuk selamanya…
Berbagi dan saling menjaga…
Kau dan aku sahabat…
Untuk selamanya…
Selama-lamanya… setia…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan