Rabu, 30 Mei 2012

Bila mencintai, rela untuk didustai...


Bila kita mencintai seseorang, kadang2 kita seakan lupa alam realiti. Apa yang ada dalam fikiran kita hanya dia dan tetap hanya dia. Kita akan sedaya upaya mempertahankan hubungan cinta agar tidak musnah. Tetapi sampai bila dapat bertahan jika hanya kita sahaja yang cuba untuk bertahan sedangkan dia buat tak endah saja tentang perasaan kita.


Ada sesetengah dari kita tahu si dia curang dengan perempuan lain, mengikut kawan2nya merempit, berjudi dan banyak lagi. Bila di tanya, macam2 alasan yang si dia berikan untuk menafikan perbuatannya. Hanya kerana takut kehilangan si dia, kita hanya membiarkan sahaja si dia melakukan sesuka hatinya. Sampai bila kita dapat menerima perlakuan si dia? Kalau masa bercinta si dia sudah berperangai begitu, apalagi apabila sudah berumahtangga nanti. Mungkin lebih teruk lagi perangainya.


Sebagai insan yang lemah, hati kita terlalu lembut apabila kita mencintai seseorang. Walaupun kita tahu si dia banyak keburukan tetapi sedaya upaya kita menutup segala keburukannya dengan hanya memandang kelebihan yang ada pada dia. Tetapi sampai bila kita mampu bertahan sekiranya si dia tetap tidak berubah? Dapatkah kita mengharungi hidup di masa akan datang dengan berpegang pada prinsip “ aku mencintai dia dan aku akan menerima dia seadanya ” ataupun “ cinta aku pada dia adalah segala2nya bagi aku ”.


Kita harus berfikir sebelum melakukan sesuatu. Jangan hanya kerana terlalu mencintai si dia, kita biarkan si dia berbuat apa saja terhadap kita. Jangan kerana terlalu sayangkan si dia, kita membutakan mata dan hati kita dan sanggup menghancurkan masa depan kita. Perjalanan hidup kita masih panjang dan janganlah kita persiakan hanya kerana CINTA si dia yang palsu itu. Yakinlah, kalau si dia mencintai kita, dia tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang menyakiti hati kita dengan 1001 pembohongan dan 1001 alasan.


Bicara Tentang Cinta - Kita selalunya akan mengalah apabila berdepan dengan masalah cinta. Kadang2 kita hanya membiarkan pasangan kita melakukan apa saja asalkan dia bahagia walaupun hati kita terluka. Oh, tidak! Bayangkan, ada sesetengah dari orang sangup membiarkan pasangannya berlaku curang daripada pasangannya itu meninggalkannya. Demi kerana sayang dan cinta, sangup butakan mata dan hati untuk dikhianati. Dimana nilainya cinta andai itu yang berlaku...?


Hayatilah lagu Kirey - Rindang Tak Berbuah yang begitu menyentuh hati...





Kirey - Rindang Tak Berbuah 

Seikat janji seikat dusta…
Bagimu sama rasanya…
Namun ku tak berpihak…
Karna cinta butalah mataku…

Diatas rindu rela kulakukan…
Mendaki mahligai dosa…
Sayang pengorbananku…
Kau jadikan permainaaan…

Cinta tulus mulus…
Kusembahkan padamu…
Kini tiada arti…
Bila semua kau ganti hinaaan…

Kekasih demi cinta kita…
Mata telinga mulut kututup semua…
Kekasih demi rindu kita…
Semua segala rintangan tlah kucoba…

Apalagi yang harus kulalui…
Bungaku layu dilembah madu…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan