Khamis, 31 Mei 2012

Kekasih Curang??


Cuba bayangkan, orang yang anda cintai sedikit demi sedikit mula berubah hati? Jika sebelum ini dia selalu menelefon, menghantar SMS dan sentiasa ada setiap kali anda memerlukannya tapi kini segalanya sudah berubah. Dia seakan menjauhkan diri dari anda. Untuk keluar makan bersama pun dia tidak mahu dan sering mencari pelbagai alasan.

Kebanyakkan kita selalu percaya, kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Tetapi, sudah lumrah kehidupan seseorang itu akan berubah bila tiba saatnya dengan pelbagai alasan. Sesuatu yang paling menyakitkan adalah apabila orang yang paling kita cintai beralih mencintai orang lain. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah dia mencintai kita atau hanya sekadar berpura-pura?

Hati kita pasti dapat merasa jika seseorang yang kita cintai itu berubah hati. Layanan, kemesraan memang sudah tidak seperti dahulu lagi. Itu tandanya CINTAnya telah pudar. Mungkin ada insan lain sudah bertakhta di hati dia tanpa kita ketahui.

Ini adalah tanda kemungkinan si dia curang :-

Resah dan gelisah apabila bersama anda

  • Dulu, anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama untuk bersama. Tetapi kebelakangan ini, si dia nampak resah dan gelisah apabila bersama anda dan kerap kali melihat jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting dari bersama anda. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada hal sedikit, ada meeting, bos nak jumpa’ dan pelbagai alasan lagi. 
  • Jika ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia mahu berjumpa dengan kekasih barunya.

Tiba-tiba membatalkan temu janji

  • Si dia tiba-tiba sahaja membatalkan temu janji dengan anda dengan pelbagai alasan. Ada-ada saja alasannya agar tidak dapat bertemu dengan anda. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Ini kemungkinan kekasih barunya tiba-tiba mengajaknya keluar sama pada masa si dia hendak keluar bersama anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama

  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, keluar makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika si dia keluar, itu pun setelah puas dipujuk rayu. 
  • Jika keluar pun, kemesraan si dia sudah tidak seperti dulu lagi. Si dia akan sentiasa memerhati keadaan sekeliling kerana takut kekasih barunya melihat dia keluar bersama anda. 
  • Jika dulu, berjalan berpegangan tangan tetapi kini dia berjalan di hadapan anda dan riak wajahnya nampak gelisah.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
  • Si dia berubah sikap daripada seorang yang mengambil berat dan penyayang menjadi pemarah. Kecil sahaja salah anda, tapi si dia akan membesar-besarkan salah anda sehingga sanggup memarahi anda di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
  • Jika ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak ada gunanya untuk anda merayu dan meraih simpati dari si dia lagi kerana cintanya bukan untuk anda lagi.

Tidak membenarkan anda memegang Handphonenya

  • Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun data-data, gambar-gambar dalam handphonenya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda melihat handphonenya, anda patut berasa curiga.

Tidak lagi selalu menelefon anda

  • Pada awal percintaan, si dia yang selalu menelefon anda sehingga berpuluh kali dalam satu hari. Dia sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum, sudah balik kerja atau belum, sudah mandi atau belum. Jika satu hari sahaja tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah, gelisah dan tidak tenang. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan bertanya kenapa dia tidak menelefon anda. Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk dengan kerja. 
  • Ini menunjukkan si dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Si dia suka mendiamkan diri

  • Jika dulu, si dia lah yang paling banyak bercakap apabila anda bersamanya tetapi kini dia lebih banyak diam membisu. Biasanya, jika sudah tidak suka dengan seseorang pasti tidak tahu apa yang mahu di buat dan bercakap pun dah sudak tidak seronok. Ini kerana bagi dia, tidak ada apa-apa pun yang dia mahu tahu tentang anda lagi.

Tersalah panggil nama panggilan

  • Si dia selalunya akan memanggil anda dengan panggilan sayang tapi tiba-tiba tersasul dengan memanggil darling, baby atau dear. Kalau tidak pun selalu tersalah menghantar SMS yang hendak di hantar kepada kekasih barunya tetapi terhantar kepada anda. Sekiranya itu berlaku, lebih baik anda undur diri lebih awal kerana si dia sememangnya telah menduakan anda.


Walaupun pahit sebuah kenyataan, hadapilah semua daripada anda menyesal satu saat nanti. Jika dari awal anda tahu sikap si dia yang sanggup menduakan anda, lebih baik dari awal anda undur diri dari cinta tiga segi ini. Si dia memang bukan yang terbaik untuk anda dan tidak mustahil si dia juga pasti akan menduakan kekasih barunya seperti dia menduakan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan