Rabu, 30 Mei 2012

Masih Adakah Cinta Sejati?


Lazimnya, setiap wanita ingin mendampingi lelaki yang mencintainya. Kebanyakannya wanita tidak mementingkan pada paras rupa sesorang lelaki tapi lebih kepada keikhlasan cintanya. Cinta suci dari seorang lelaki adalah haruman bagi si wanita untuk terus merasa bahagia disampingnya. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan lelaki seperti itu namun ianya pasti ada. Namun sebelum itu, anda perlu pastikan adakah anda layak untuk mendapatkan cinta sejati seperti itu? 


Tip Memperolehi Cinta Suci

Berhenti jual mahal

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan bagi si dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang telalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda. Untuk penampilan pertama, jual mahal adalah suatu perbuatan lumrah, tetapi janganlah keterlaluan, anda juga yang rugi dan dijauhi.

Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang sejatii dari pasangan anda. Cinta yang sejati juga lahir apabila anda berusaha untuk mencintai si dia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari si dia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci.

Sentiasa menjaga penampilan diri

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki. Tahukah anda, penampilan diri merupakan anjakan awal untuk lelaki berminat dan cuba mendekati anda? Oleh itu, sentiasalah jaga penampilan tapi bukan berlebihan cukup sekadar manis dipandang dan yang paling penting adalah kebersihan. Kebersihan diri dan hati anda akan melahirkan cinta suci yang menjadi tarikan si lelaki.

Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda

Apabila ada lelaki yang ingin menghampiri diri anda, berikan dia peluang untuk mengenali diri anda. Dengan ini, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar – benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda. Memang agak sukar untuk menentukan samada si dia mencintai anda dengan hati yang suci atau sebaliknya. Sekira anda mendapat tahu si dia hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan anda, tidak salah juga untuk anda meninggalkannya kerana mungkin si dia bukan cinta sejati anda. Memberi peluang adalah lebih baik daripada mengharapkan sesuatu kesempurnaan atau pekara yang tidak pasti. Oleh itu, memberi diri anda dan si dia peluang untuk bersama adalah jalan yang harus anda lalui untuk menemui cinta sejati anda.



Bicara Tentang Cinta - Cinta sejati memang sukar untuk dicari. Cinta sejati adalah lahir daripada keikhlasan hati untuk mencintai dan menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya. Emmm...masih adakah cinta sejati? Sesiapa yang telah menemui cinta sejatinya, jagalah cinta itu dan jangan biarkan ia pudar. 



The Potter’s - Arti Cinta Sejati

Aku rasa tlah ku temukan cinta sejati…
Saat aku hilang arah dan tak terkendali…
Di saatku coba bertanya di suatu sisi…
Ku yakin kau cinta mati…

Aku diam bukan berarti aku membisu…
Percayalah ku tercipta hanya untuk kamu…
Di jantungku hanya ada selembar namamu…
Ku yakin kau pun begitu…

Dapatkah kau mengartikan sayapku…
Dapatkah kau mengartikan cintaku…
Peluk dan cium untukmu…
Kau selalu di hatiku…

Dapatkah kau menjadi letak surgaku…
Dapatkah kau menjadi permaisuriku…
Rebahkan sayap-sayap cintamu…
Dan bawalah ku ke damaimu…

Aku rasa tlah ku temukan cinta sejati…
Saat aku hilang arah dan tak terkendali…
Di saatku coba bertanya di suatu sisi…
Ku yakin kau cinta mati…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan