Jumaat, 16 November 2012

Indahnya Cinta...


Usah kau kesali pemergianku meninggalkanmu… 

Kerana apa yang berlaku adalah kerana kesilapanmu…


Indahnya Cinta...


Cinta tidak selalu hadir bersama jodoh… 

Tapi jodoh selalu hadir bersama cinta…


Indahnya Cinta...



Janganlah kau tangisi…

perpisahan dan kegagalan dalam…

Karena pada hakikatnya…

Jodoh itu bukan ditangan manusia….

Kita hanya merancang tetapi…

Tuhan yang menentukan segala-galanya…

Indahnya Cinta...


Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan… 

Lebih baik perasaan cinta itu tak pernah hadir dalam hidupku... 


Sabtu, 8 September 2012

Indahnya Cinta...


Berusaha melupakanmu adalah sesuatu yang amat sulit bagiku... 

Sama sulitnya untuk menginggati seseorang yang tak pernah kukenal…


Rabu, 18 Julai 2012

Alamak!! Kekasihku Cemburu Buta


"Setiap perkara yang awak buat, kemana awak nak pergi, tolong bagitahu saya, kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu, faham?" 

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu. Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan. 


Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan anda sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap cirri-ciri lelaki kaki cemburu. 

Siasat Gerak Geri 

Alahai, di awal perkenalan, anda ditatangnya bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan anda. Kemana anda pergi, dengan siapa anda bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Anda pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan. 

Sentiasa Curiga 

Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap anda seorang yang curang. Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda. Sukar baginya untuk mempercayai anda. Tambahan lagi, bila mana anda sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan anda. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu anda, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati. 

Panas Baran 

img

Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa anda perlu tahu tentang ini? Ini kerana anda akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau anda kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah-marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah anda itu tidak sebesar mana. Anda hanya keluar bersama teman-teman dan sepupu anda sahaja. Kalau anda ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin, bumi pun boleh terbalik. Betapa kuat panas barannya sukar dikawal dan akibatnya anda yang akan dimarahinya sepuas hati.

Tidak Pernah Puas

Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia anda setiap hari.

Mengongkong

Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih anda mencarinya namun bila anda dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan anda saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Mengambil Kesempatan

Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya anda ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang anda. Si dia bijak bila mana kehormatan anda diragutnya dengan harapan anda tidak boleh lari dan terlepas daripadanya. 


Berwaspadalah jika mempunyai kekasih yang terlalu kuat cemburu. Masa bercinta pun pandai nak marah-marah, lepas kahwin apa pula nanti. Fikir-fikirkan lah... 


Sahabat Oh Sahabat


Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat. 

Bagaimanakah anda ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang anda ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni! 

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang anda itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya anda menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat anda. 

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Sekiranya anda tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya anda memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun anda jarang bertemu. Apabila anda setia terhadap sahabat, kesannya sahabat anda juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah anda curahkan kepadanya. Ini kerana anda sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang. 

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, anda hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat anda itu, apatah lagi tentang perkara-perkara yang boleh menyakiti hatinya. Anda hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah anda lakukan. Anda juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat anda itu. 

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Anda jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat anda itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara anda berdua. Anda hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang anda rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja. 

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat anda melakukan kesilapan, anda hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap anda. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya. 

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat anda haruslah dikongsi bersama. Apabila anda mengetahui sahabat anda itu berada dalam keadaan yang berdukacita, anda sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu. 

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat anda itu, memberi makna yang anda juga rasa gembira. Pasti anda rasa senang apabila melihat sahabat anda bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka. 

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang anda dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang anda lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara anda dan sahabat.

Dalam persahabatan, jangan pernah ada pengkhianatan...


Indahnya Cinta...


Sejak pertama kali ku melihat dirimu… 

Aku telah jatuh cinta padamu…

Aku tahu ini adalah takdir…

Kau dan aku sememangnya diciptakan untuk bersama…

Dan tidak ada yang akan memisahkan kita…


Indahnya Cinta...



Cintailah insan yang kamu kasihi sekadarnya… 

Mungkin saja dia akan menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti... 

Bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekadarnya… 

Barangkali dia akan menjadi orang yang kamu kasihi suatu hari nanti... 

Lumrah dunia… 

Cinta bukan selamanya cinta… 

Dan benci juga bukan selamanya benci…


Indahnya Cinta...


Cintailah aku seperti aku mencintai dirimu… 

Sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa kecurigaan… 

Cinta aku pada dirimu adalah cinta yang tulus dari dalam hati…


Ahad, 8 Julai 2012

10 Penyakit Sering Di Hadapi Lelaki


Seperti wanita yang mempunyai beberapa penyakit yang sinonim dengan mereka, kaum lelaki tidak terlepas daripada beberapa penyakit yang sering dihidapi mereka. Penyakit-penyakit ini kesemuanya bersifat kritikal dan boleh membawa maut namun malangnya sering dipandang remeh oleh kaum ini.

Sakit Jantung

Digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku. Punca berlakunya penyakit sakit jantung adalah asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi,kurang bersenam,darah tinggi dan kencing manis.

Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

COPD ialah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara. Penyebab utama penyakit ini adalah tabiat merokok.

Kencing Manis

Juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbo hidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Antara penyebab penyakit adalah faktor genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.

Strok

Strok merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Strok terjadi disebabkan faktor usia terutamanya pada lelaki yang usianya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok), diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.

Kanser Pankreas

Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula daripada lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum. Penyebab kanser pankreas adalah faktor pemakanan seperti pengam bilan gula dan kopi dalam kekerapan serta kuantiti yang tinggi, diabetes dan merokok.

Kanser Prostat

Kanser prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki). Kanser ini terjadi kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.

Tekanan darah tinggi

Penyakit yang turut dikenali sebagai hiper tensi ini merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Punca berlakunya tekanan darah tinggi adalah pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, alkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.

Batu karang

Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan akan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau Gallstone. Batu karang terjadi disebabkan kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang ber senam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Obesiti

Obesiti didefinisikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Penyebabnya adalah faktor genetik, kurang bersenam, tidak meng amalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.

Gout

Gout terjadi disebabkan oleh peningka tan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal. Gout terjadi disebabkan pengambilan maka nan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya). Gout juga terjadi pada lelaki yang menghidap penyakit darah yang berlebihan (polycythaemia rubra vera, anemia hemolitik dan leukemia). Selain itu cuaca yang terlalu sejuk, pengambilan ubat bagi penyakit tertentu dan kelesuan turut menyumbang kepada berlakunya gout.

Jagalah kesihatan anda sebelum terlambat

Sabtu, 23 Jun 2012

Rahsia Cinta Lelaki


Terdapat segelintir kaum wanita yang sudah serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakan. Memang kekecewaan itu adalah perkara yang amat menyakitkan tetapi sudah menjadi lumrah dalam percintaan bahawa setiap perhubungan tidak semestikan akan berakhir dengan perkahwinan. Percayalah, seandainya dia di takdir untuk anda, satu saat anda pasti akan memiliki dia juga akhirnya. Tetapi, ramai wanita yang kecewa takut untuk jatuh cinta dan memulakan hubungan cinta yang baru.



Adakah anda ingin memegang status ANDARTU? Dan apakah yang harus anda lakukan untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih teman hidup? Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban saja dan melakukan apa jua utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda. 


Tanda2 lelaki yang jatuh cinta

  • Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk anda dgn rela dan bukan kerana terpaksa. 
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan anda dan sanggup berubah demi menyenangi hati anda. 
  • Si dia akan sentiasa dan berulang2 kali memberitahu anda bahawa si dia amat menyayangi anda dengan sepenuh hati. 


  • Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila anda tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan anda kerana perasaan cemburunya yang meluap2. 
  • Si dia sentiasa takut kehilangan anda. 


  • Si dia sentiasa mengawasi pergerakan anda kerana si dia sentiasa berasa curiga dan takut jika anda dikacau lelaki lain. 
  • Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan anda.
  • Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu anda melayannya lebih dari orang lain. 
  • Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu anda melakukan apa saja. 
  • Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh anda
  • Si dia akan menggelabah apabila anda berjauhan daripadanya terlalu lama. 
  • Si dia sentiasa memastikan keselamatan anda dimana pun jua anda berada. 


  • Si dia mementingkan anda lebih daripada dirinya sendiri. 
  • Si dia kerap bertanya adakah anda mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara anda dan dia pudar. 
  • Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
  • Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan anda walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri. 
  • Si dia membangga2kan anda di depan kawan2nya. 
  • Si dia menganggap anda sebagai orang yang paling dipercayainya. 
  • Si dia tidak akan berlaku curang kepada anda. Tidak sama sekali!! 
  • Si dia sanggup menitiskn air mata demi anda. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)


Seandainya ada lelaki seperti ini, hargailah cinta si dia kerana cinta si dia begitu agung untuk anda. Berilah diri anda peluang untuk kembali mencintai seorang lelaki. Ketahuilah, bukan semua lelaki suka mempermainkan perasaan seorang wanita.


Anda jatuh cinta?


Jatuh cinta memang indah rasanya. Hidup terasa begitu indah dan sempurna. Setiap orang sememangnya pernah merasa perasaan mencintai seseorang tetapi ada segelintirnya sukar untuk mengungkapkan kata cinta itu. Wajarkah perasaan cinta hanya di pendam hanya kerana malu untuk meluahkan isi hati. Ataupun anda sendiri tidak tahu apa perasaan anda ketika itu? Jatuh cinta pada si dia atau sebaliknya.

Tanda2 seseorang jatuh cinta

  • Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, sedangkan anda baru sahaja kenal dengan si dia.


  • Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda dan dia.
  • Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia.
  • Anda mula dahagakan senyuman dari si dia.
  • Jantung anda berdebar2 saat dia ada di sisi anda.
  • Anda boleh bekerjasama dengan dia.
  • Anda juga rela bekorban untuk dia.
  • Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu mempunyai minat yang sama dan secara perlahan – lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia.


  • Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia.
  • Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya.
  • Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia.
  • Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama – sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa.
  • Tiba – tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu cinta.
  • Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup.
  • Anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk di lakukan bersama – sama.
  • Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


  • Mula timbul perasaan cemburu yang amat sangat apabila dia berbual2 dengan wanita lain.
  • Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya.


Seandainya anda merasa perasaan seperti di atas, itu tandanya anda telah jatuh cinta kepada si dia. Jangan buang masa lagi, ungkapkan perasaan itu pada si dia. Jangan sampai terlambat pula, nanti melepas...





Project Pop - Jatuh Cinta

Siapa jatuh cinta…
Pasti lagi in love…
Kata titik puspa…
Berjuta rasanya lho . . .
Biar siang biar malam…
Terbayang wajahnya…

Kalau jatuh cinta…
Bisa bikin gila…
Semua enak di makan…
Sambil la la la la…
Biar hitam biar putih…
Manislah tampaknya…

Dia jauh aku cemas tapi hati rindu…
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah…
Dia aktif aku pura-pura jual mahal…
Dia diam aku cari perhatian…
Oh repotnya…

Jatuh cinta berjuta indahnya…
Di pandang di belai…
Amboi… rasanya…
Jatuh cinta berjuta nikmatnya…
Menangis tertawa…
Karena jatuh cinta…

Oh…asiknya…
Oh…indahnya…
Oh…senangnya…


Rabu, 20 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Kebahagiaan akan menjelma jua bagi… 

Mereka yang menangis… 

Mereka yang disakiti hatinya… 

Mereka yang mencari… 

Dan mereka yang mencuba… 

Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya… 

Orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka… 


Sabtu, 16 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Kebahagiaan itu tak kan mungkin akan menjelma...

Seandainya dirimu tiada disisi ku...

Kerna bagiku...

Kebahagiaan aku hanya disaat aku bersamamu… 



Isnin, 11 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Kita didunia ini...

Bukan untuk mencari seseorang yang sempurna...

Untuk di cintai...

Tetapi belajar untuk mencintai...

Orang yang tak sempurna dengan cara...

Yang sangat sempurna…


Indahnya Cinta...


Aku lebih rela disakiti dengan kejujuran...

Daripada aku bahagia dalam kepalsuan…


Tips Menawan Hati Lelaki

Tawan hatinya dengan CINTA


Tips Menawan Hati Lelaki :-

Pandai memainkan peranan ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Jangan terlalu mengongkong.

Jangan terlalu cemburu.

Gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Jaga cara pemakaian anda kerana tidak semua lelaki suka wanita terlalu seksi.

Sering memberikan kad ucapan ( Mulakan dengan kata-kata gurauan )

Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

Renungi matanya dan tunjukkan sifat sebenar anda.


Sentiasa senyum dan jangan bersikap sombong bila berinteraksi dengan mereka.

Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Tidak mudah putus asa dan sentiasa.

Berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali sebelumnya.

Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia.

Lelaki tidak suka wanita yang suka membangkang.

Lelaki juga suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

Lelaki tidak suka jika anda memakai mekap yang terlalu tebal.

Mengetahui bila hari lahirnya.


Menghormati dia, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.

Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Lelaki suka seorang wanita yang manja tetapi jangan terlalu over.

Jangan terlalu tunjukkan perasaan anda ketika bertemu dan berbual dengannya.

Jangan terlalu bersikap kasar dan ganas dalam pergaulan.


Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan sempurna. 

Jangan perasan bahawa anda ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu anda titik beratkan.

Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Mereka ini juga golongan yang terlalu sensitif.


Kenali siapa dirinya sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.

Aset memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.

Jangan bersikap terlalu kuno.

Sentiasa mengambil berat tentang dia.

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran.

Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.


Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjukkan kelemahan kamu.

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan.

Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan anda.


Bicara Tentang Cinta - Seandainya anda jatuh cinta pada seseorang lelaki, berusahalah untuk mendapatkannya. Tidak semua lelaki yang berani untuk memulakan sebuah perhubungan, dan tidak menjadi kesalahan sekiranya anda terlebih dahulu mengungkap kata cinta. Tetapi, pastikan lah terlebih dahulu tingkah laku dan keperibadian anda mampu menawan hati si dia juga.


Khamis, 7 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Cinta sejati adalah… 

Cinta yang berani terbang meskipun tahu akan jatuh... 

Berani tuk berharap meskipun tahu akan kecewa...

Berani mencintai meskipun tahu akan terluka...

Berani untuk berkorban meskipun tahu pengorbanan itu hanya sia2…



Indahnya Cinta...


Cinta seringkali akan lari bila kita mencari...

Tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri…


Rahsia Disebalik Ciuman Lelaki



Setiap ciuman dari seorang lelaki mempunyai maksud dan rahsianya tersendiri. Nak tahu apa maksud dan rahsianya? Jom kita baca :-

Ciuman pada Tangan 

Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yang bersopan akan mengucup orang yang dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yang berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yang teristimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi 

Selalu juga kita saksikan seorang lelak mencium pasangan wanitanya didahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan didahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu tulus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu menusuk hati.

Ciuman Sayang 

Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta 

Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang 

Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa meremang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut 

Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda. Jangan pula anda mengambil kesempatan di atas kasih sayang dan cintanya kepadaa anda.

Ciuman Di hujung Kaki 

Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yang anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.


Indahnya Cinta...


Cinta sebenarnya tidak buta...

Cinta adalah sesuatu yang suci...

Murni dan sesuatu yang amat indah bagi setiap insan...

Yang buta adalah bila cinta itu menguasai diri tanpa suatu pertimbangan...


Indahnya Cinta...


Andai satu saat nanti aku pergi meninggalkan dirimu...

Berjanjilah untuk tidak menyesal kerana kau telah...

Membuatkan aku untuk pergi…


Indahnya Cinta...


Cinta pertama adalah kenangan...

Cinta kedua adalah pelajaran...

Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup...

Tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam...

Kerana itu...

Jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya...

Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim...



Indahnya Cinta...


Jika harus memilih...

Aku lebih rela memilih untuk tidak mengenalmu...

Daripada aku harus melupakanmu…