Rahsia tetap rahsia?? Eh...tidak semestinya…ada juga rahsia yang kita boleh kongsikan bersama. Jom, kita bongkar bersama rahsia si dia yang tersayang melalui dahinya.
Dahi Lebar - Dahi yang luas dan lapang
Positif : Tidak suka campur tentang hal peribadi orang lain dan berjimat cermat.
Negatif : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.
Dahi Dengan Juntaian Anak Rambut - Rambut terjuntai seolah menutupi dahi
Positif : Pemurah dari segi tenaga mahupun wang ringgit.
Negatif : Mudah cair dengan pujuk rayu dan sering diambil kesempatan.
Dahi Bentuk Hati - Dahi berbentuk seakan huruf 'M'
Positif : Murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berangan.
Negatif : Tidak suka pegang tanggungjawab dan tidak pandai simpan rahsia.
Dahi Jendol - Dahi menonjol dan permukaan luas
Positif : Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana.
Negatif : Kurang keyakinan pada diri sendiri dan kalau bercinta, tak ingat dunia.
Dahi Bersegi - Berbentuk seakan petak
Positif : Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
Negatif : Tidak pandai bersosial dan pemilih orangnya.
Dahi Sempit - Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Positif : Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
Negatif : Tidak banyak kelemahan dan sukar mencari pasangan hidup.
Anda dan sahabat baik anda berkongsi teman lelaki? Dapatkah anda membayangkan bagaimana perasaan anda bila kekasih yang anda cintai berlaku curang dengan sahabat baik anda sendiri? Oh tidak!! Perkara seperti ini adalah yang paling menakutkan sekali. Namun yang paling menakutkan itulah yang sering terjadi. Siapakah yang harus di persalahkan? Kekasih ataupun sahabat anda? Sebelum menjawab persoalan itu, selidik dahulu bagaimana ia boleh berlaku.
Terlalu banyak masa dihabiskan bersama
Anda, sahabat dan si dia sering kali menghabiskan masa bersama. Pergi membeli-belah bertiga, pergi makan bertiga dan aktiviti beriadah pun pergi bertiga. Keakraban ini tidak salah, namun kerana selalu bersama membuatkan perhubungan antara sahabat anda dan kekasih anda semakin hari semakin rapat. Mula-mula hanya sayang seperti sahabat tetapi lama-kelamaan, sedikit demi sedikit ia boleh bertukar menjadi cinta.
Kekasih anda terlalu baik
Sesiapa pun pasti akan tertawan bila melihat ada orang terlalu baik dengan kita. Sikap si dia yang prihatin, romantis dan gentlemen terhadap kamu selama ini sedikit sebanyak telah membuatkan jiwa dan hati sahabat anda tersentuh dan mungkin terselit perasaan cemburu. Sering menjadi orang tengah setiap kali anda dan si dia bertengkar juga adalah penyebabnya. Mungkin sahabat andalah tempat si dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada anda membuatkan mereka semakin dekat. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan hubungan bertambah erat kerana sahabat anda dan si dia saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa kehadiran anda.
Punya banyak persamaan
Secara kebetulan kerana sering bersama, sahabat anda dan si dia pasti punya banyak persamaan antaranya hobi, minat, makanan kesukaan dan macam-macam lagi yang sama. Persamaan ini membuatkan sahabat anda rasa si dia lebih dekat dengan dirinya berbanding dengan anda.
Cemburu
Sebagai manusia biasa, memang tidak boleh lari daripada perasaan cemburu, iri hati dan dengki walaupun dengan sahabat sendiri. Perasaan inilah yang ada kalanya meracuni permikiran sahabat anda hingga sanggup menjadi perampas kekasih sahabat sendiri. Selama ini dia telah melihat kemesraan dan layanan yang baik si dia terhadap anda, memanglah terdetik perasaan cemburu di hatinya.
Fizikalnya yang menarik
Siapa yang tidak suka bila melihat sesuatu yang menarik dan sempurna. Kemungkinan sahabat anda itu tertarik dengan rupa paras kekasih anda yang tampan. Kalau tidak pun mungkin kerana kekasih anda itu begitu sempurna dan baik pada pandangannya . Jadi sebagai manusia biasa, sudah semestinya dia tidak mampu menolak untuk jatuh cinta pada kekasih anda biarpun dia sedia maklum itu adalah kekasih sahabatnya sendiri.
Respons positif
Lelaki juga apabila dengan perempuan yang sering memberikan respons yang positif tentu tidak akan menolak. Malah ada segelintir lelaki akan berasa bangga jika sahabat kekasihnya turut meminatinya. Kesempatan sebegitu jarang sekali di tolak oleh lelaki lebih-lebih lagi apabila sahabat anda yang mengodanya terlebih dahulu. Berwaspadalah dengan lelaki jenis ini.
Berwaspadalah dengan apa yang ada di persekitaran anda. Sahabat memang boleh untuk di percayai tetapi bukan harus di percayai dalam semua segi kerana dia juga manusia biasa. Tidak salah untuk anda mengelak dari awal dan menjaga batas pergaulan antara sahabat dan si dia untuk menghindari perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Sahabat yang baik tidak akan menyakiti hati sahabatnya sendiri walau dengan apa cara sekali pun tetapi sahabat yang tidak baik sememangnya akan melakukan apa saja demi kepentingannya sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain termasuk sahabatnya sendiri.
Lelaki yang baik pula tidak akan mungkin tergoda dengan sahabat kekasihnya walau dengan cara apa sekali pun ia di goda. Lelaki yang baik sememangnya akan menghindari apabila mengetahui sahabat kekasihnya ingin mendekatinya. Tapi berapa ramaikah lelaki seperti ini? 1 dalam 1000 ?
Nak bagi hadiah kepada insan yang tersayang? Tapi tak tahu nak bagi apa? Setiap pemberian hadiah mempunyai maknanya tersendiri. Tapi yang paling penting, semuanya mesti ikhlas dari hati.