Bicara Tentang Cinta
Khamis, 23 November 2017
Khamis, 9 November 2017
Hael Husaini - Jampi
Bermula pandang pertama...
Melihat kamu di depan mata...
Terasa debar di dada...
Menahan rasa bila kau ada...
Kau buat ku terpaku...
Sepertinya diri ku...
Yang mahu diri kamu...
Dan bila kau hadir bagai satu misteri...
Ternyata diriku bagai sudah di jampi...
Dan bila kau hambakan hatiku kembali...
Ternyata hanya kau harus aku cintai...
Hahaha aku ketawa...
Terasa aku tak tentu arah...
Kau buat ku terpaku...
Sepertinya diri ku...
Yang mahu diri kamu...
Dan bila kau hadir bagai satu misteri...
Ternyata diriku bagai sudah di jampi...
Dan bila kau hambakan hatiku kembali...
Ternyata hanya kau harus aku cintai...
Malam...
Berganti malam...
Masih terbayang apa yang berlaku pada diriku...
Ternyata kamu...
Ternyata kau mahu diriku...
Selama kau milikku...
Dan bila kau hadir bagai satu misteri...
Ternyata diriku bagai sudah di jampi...
Dan bila kau hambakan hatiku kembali...
Ternyata hanya kau harus aku cintai...
*** Alamak awak...
Saya pun dah kena jampi oleh awak...
Huhuhu...
Khamis, 9 April 2015
Indahnya Cinta...
Cintaku kepadamu seperti ombak…
Tetap menghempas pantai tak pernah mengenal erti jemu…
Cintaku padamu seperti pantai…
Tetap menunggu ombak, meskipun ombak datang dan pergi semahunya…
Isnin, 9 Mac 2015
Indahnya Cinta...
Bersamamu aku terluka…
Bersamamu aku sengsara…
Bersamamu aku merana…
Bersamamu aku kecewa…
Bersamamu aku derita…
Biarlah aku hidup sendiri meskipun berduka…
Kerana aku tahu…
Andai kau memang tercipta untukku…
Kau tidak mungkin akan membuat hidupku terseksa…
Indahnya Cinta...
Aku menanggis bukan kerana aku memerlukanmu…
Bukan kerana aku mahu kau kembali kepadaku…
Tetapi kerana akhirnya aku menyedari…
Satu kenyataan yang pasti…
Bahawa aku terpaksa belajar…
Untuk melepaskan kau pergi dari hidupku…
Isnin, 16 Februari 2015
Indahnya Cinta...
Siapa pun pandai menghayati cinta...
Tapi tak seorang pun pandai menilai sebuah cinta...
Kerana cinta bukanlah satu objek yang dapat di lihat dengan mata kasar...
Sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan…
Sabtu, 31 Januari 2015
Tunjukkan Rasa Cinta Anda
Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.
Tips cinta
- Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan.
- Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati dan gembira apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
- Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
- Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
- Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
- Jangan lupa ungkapkan juga kata-kata cinta kepada dia. Tidak salah kalau sekali – sekala ucapkan “ I Love You ”. Tapi janganlah over sangat sampaikan si dia meluat pulak.
- Apabila pasangan anda ingin berbicara tentang sesuatu, anda jadilah pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
- Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
- Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama.
Pasangan anda tentu akan berasa anda adalah yang terbaik untuk dia sekiranya apa yang anda lakukan memikat hati dia dan dia tentu akan merasa bertuah memiliki anda.
Ahad, 18 Januari 2015
Bila Hati Terluka, Jiwa Merana...
Andai kata cinta itu nafas, pasti anda ingin hidup selama-lamanya. Andai kata cinta itu indah pasti anda selalu ingin memandangnya. Namun bila cinta itu luka, anda pasti merasakan kelukaan yang amat pedih. Namun terluka kerana cinta itu bukanlah halangan untuk meniti sebuah kebahagiaan. Tetapi apabila sering di lukai, tentu anda merasakan cinta itu seolah tiada maknanya.
Arghh! Sakit hati dengan si dia. Pelbagai persoalan pasti bermain di fikiran anda.
“Aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena”
“Apa salah aku?”
Kadangkala anda sendiri bingung dan keliru. Setiap hari anda dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan anda. Sebagai seorang kekasih sudah tentu anda inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan? Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu anda lakukan.
“Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah!”
Haa, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara anda. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan anda. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu anda akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, anda dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan anda ingat, si dia sahaja yang perlu memahami anda bahkan anda sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila anda dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan.
Belajar Jujur Pada Pasangan
Adakah selama ini anda bersikap jujur dengan si dia? Cuba anda fikirkan sejenak.Selama anda berhubungan ada atau tidak anda merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, anda orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika anda mahukan si dia berlaku jujur dengan anda, anda yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna anda dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana anda dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba anda renungkan dan muhasabahkan diri sendiri.
Tidak Terlalu Hipokrit
“Em, tak mengapalah. Saya faham Sayang sibuk...”
“Sayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri...”
Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala anda terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja anda atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan anda dan anda juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara anda terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini anda mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit!
Hargai Setiap Pengorbanannya
Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali anda bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi anda? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi anda, baginya anda sangat berharga seperti emas.Hilangnya anda meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya anda dalam hidupnya. Maka untuk apa anda mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri anda sendiri, takut nanti anda juga yang merana.
Jangan Memperbesarkan Masalah
Aduh! Hal remeh pun anda ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, anda semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Anda perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya anda terlalu beremosi, inilah padahnya!Anda akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai anda sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal anda boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Anda perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup anda. Saat itu siapa yang akan merana? Anda jawablah sendiri.
Menuding Jari Tanpa Sebab
Inilah masalah orang bercinta. Anda sendiri mengakuinya bukan?Cuba anda fikir ada atau tidak selama ini anda dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak anda dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu anda sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan anda hentam kromo sahaja! Padah yang menanti anda nanti.
Jika kita tidak mahu di lukai dan kecewa, pastikan kita menjaga cinta itu sebaiknya. Barulah boleh dikatakan CINTA itu indah...
Khamis, 8 Januari 2015
Indahnya Cinta...
Kasih...
Kekuatan apakah yang menggerakkanku dalam menempuh badai…
Mengapa aku menjadi lebih tabah dan lebih kuat…?
Serta lebih yakin pada kehidupan saat badai menerjang…
Mulanya aku tak mengerti...
Tetapi sekarang aku baru mengerti…
Cintamu membuatkan aku menjadi lebih kuat…
Kerana itu aku berjanji akan lebih mencintai dirimu…
Dari apa pun yang ada di alam ini…
Jumaat, 14 November 2014
Indahnya Cinta...
Memiliki cinta dan hatimu...
Adalah hal yang terindah dalam hidupku…
Melupakanmu dan melepaskanmu...
Adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lakukan…
Kerna dirimu adalah sinaran terang yang menerangi hidupku…
Langgan:
Catatan (Atom)